TweetThis Button

Friday, May 22, 2009

Isu Rempit Terkini


Rozmi:
I conducted a series of studies which began in 2001 and the latest finding that I have is that most of the 654 Mat Rempit I surveyed all over the country do not like to be called Mat Rempit, which is very surprising to me.

Kattryn: What is the meaning of Mat Rempit?

Rozmi: The word, in my study and term of reference, refers to anybody using motorbikes, which are small and below 120cc, and who perform stunts and try to press the throttle as much as possible and try to create as much sound as possible.
But not all of them like to be called Mat Rempit. They are just hanging around. They like to spend a little bit of time during the weekends in town.
After half an hour or three hours they just go home. In my study, I found that less than 15 per cent were involved in criminal activities.

Perbualan antara Prof Rozmi Ismail dan Kattryn Eng. Dipetik daripada the New Straits Times.


Daripada perbualan dapat disimpulkan yang golongan-golongan bermoto hebat sikit ni disalah erti. Mana taknya sekarang polis dah buat banyak roadblock untuk tahan moto-moto. Yang mana moto nampak hebat sikit macam moto aku terus kena buat urine test on the spot. Bukan saja dah banyak buang masa, si polis-polis boleh buat psiko plak macam nak cari gaduh ja. Maka bertambah tension la dibuatnya.
Betul ka cara polis-polis ni???

Bagi aku, nak tangani mat rempit yang terkenal dengan keganasan ni tak kan nak guna keganasan jugak. Situasi macam tu samalah seperti menuang minyak petrol ke dalam api. Seorang kawan pernah berkata kat aku yang, ESQ pernah dibuat untuk 300 orang mat rempit kat Penang dan teka sapa yang tolong conduct program ni. Lebih kurang 1000 orang tentera dan polis. Satu lagi, cara roadblock ni memang tak effisien. Mat-mat rempit dah la ada banyak member-menber, link, kabel dan sebagainya, so depa bleh la mengelak roadblock ni ataupun kalo ada roadblock mengecut, depa just bleh patah balik belah divider jalan atau blah terus ja si polis-polis. Ada satu kes kat Penang, sorang JPJ ni masuk wat sebab kena blah ngan moto time wat roadblock. Kat Sungai Petani lagi dasyat, dua orang polis kena belasah dengan tiga orang mat rempit sebab dua polis ni tangkap kawan depa ni.


Aksi paling popular, willy

Aksi wekang yang susah sikit nak wat

Aksi superman adalah antara aksi yang senang untuk dilakukan


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencadangkan supaya meletakkan golongan mat rempit ni ke dalam satu pusat pemulihan khas. Aku agak sokong cara ni, belum cuba belum tahu. Tapi yang payahnya nak tangkap mat-mat rempit, jangan bawak masuk salah orang dalam tu sudah.
Isu rempit ni hangat dibicarakan di media tempatan selepas kira-kira 500 orang mat rempit di tangkap kat Dataran Merdeka ( dan selepas crita Rempit kluar kat pawagam ).

Pakar psikologi pula mengatakan yang nama Mat Rempit ni memcipta ego kepada depa, so depa rasa macam hebat dan berani. Lepas ja kenyataan tu terus polis Kelana Jaya cop mat rempit sebagai samseng jalanan dan memutuskan untuk menjatuhkan hukuman yang berat kepada 'samseng jalanan' ni. Kalo kena panggil samaseng jalanan, rasanya bertambah ego lagi la depa.

Jom kita renung diri kita sendiri, kita ada hak ka nak cop seseorang tu dengan nama mat rempit sedangkan diri sendiri pon main moto. Kalo nama itu membawa imej yang elok aku pon suka. Aku pon minat moto dan aku agak paham perasaan seorang mat rempit. Member aku pon banyak dah jadi mat rempit. Memang diakui dah banyak benda depa buat melanggar hukum syarak seperti mencuri, melawan ibubapa dan ada yang dah berzina. Mujur diorang tak membunuh lagi. Kita sebagai orang sekeliling haruslah mengambil berat tentang mat rempit ni. Dalam Islam pon ada diajar, jika berlaku kemungkaran disekeliling kamu, maka haruslah kamu menanganinya dengan tiga cara.

Kalo nak fikir-fikir balik apsal kat Malaysia ja masalah macam ni??? Sebabnya kat luar negara orang-orang bleh berfikir dan boleh organize diri masing-masing. Di negara diorang peminat-peminat moto akan ikut path yang betul dengan join kelab moto dan sebagainya.

Memang tidak dapat dinafikan yang isu rempit memang parah untuk ditangani. Mencegah itu lebih baik dari menangani, oleh itu haruslah dididik masyarakat sekarang dengan ilmu agama dan ilmu civik supaya dapat membentuk masyarakat yang harmoni di masa hapadan. :)

0 comments:

Followers Forever