TweetThis Button

Tuesday, June 16, 2009

Kisah Handphone

Kat sini aku nak bagitaw skit pasai handphone, tapi untuk nak memanjangkan post ni biaQ aku cita skit psai baik @ buruknya handphone. Handphone lagi bawak kebaikan ka atau lebih ke arah keburukan?

Kalo kita pikir-pikirkan, pasai handphone la bajet untuk kredit banyak dan pasai handphone la kehidupan sosial masyarakat sekarang makin x terkawal. Dah la handphone ni mahai dan ada jugak golongan yang menyuludup handphone secara haram dan haram la barang itu digunakan jika kita membeli sambil mengetahui ia haram. Kalo camtu x yah la nak pakai handphone la...

Keburukan yang aku uraikan tidak la bermakna yang handphone ni memberikan kesan yang sangat negetif kat dunia walhal aku rasa kebaikan yang dibawa oleh handphone berganda dari keburukannya. Ianya depend cara kita menggunakannya samada betul atau salah. Oleh itu, gunalah handphone sebaiknya :)

Berbalik ke cita asal, ada satu lagi keburukan yang agak serious yang diemit oleh handphone. Dahulu kala aku terbaca artikel-artikel, tengok video yang handphone ni men emit gelombang yang yang agak banyak. Gelombang yang dikeluarkan ketika sedang membuat panggilan adalah paling banyak. Selalunya kalo nak call orang mesti kita letak handphone kat telinga. Bila kita letak kat telinga sumber gelombang adalah sangat dekat dengan otak dan dapat merosakannya. So kalo time nak wat call tu letak handphone jauh sikit dari kepala. Bleh bukak speaker kalo x dengar bunyi beep beep. Satu lagi, kalo kita cakap lama-lama guna handphone pon membawa kesan yang agak teruk. Ini dibuktikan apabila handphone yang sedang digunakan diletakan disebelah sebiji telur dapat merebuskan telur itu jika dibiarkan lama. Oleh itu, kepada kaki-kaki gayut gunalah handfree kalo nak gayut. Moralnya, setiap masalah pasti ada penyelesaian...

2 comments:

chenad nUma said...

yer ka??
huhu,lpas ni kalo nk gayut kna letak bntal kat tlinge:P

kay shafiQ said...

Owh. kantoi dok gayut. report kat family baru taw, hehehe.

Followers Forever