TweetThis Button

Wednesday, June 17, 2009

Eklusif: Hanya Duka UTP


Pa ka halnya gambar kat atas tu??? Mengikut sumber yang bleh dipercayai insiden ini dilakukan antara 27-31 Mei baru ini. Mengikut teori yang agak logik perbuatan ini mungkin dilakukan oleh pelajar UTP final year final sem. Tapi pasai pa kejadian ini bleh berlaku.

Mungkin ia disebabkan tekanan perasaan yang mungkin disebabkan x dapat jawab exam atau mungkin masalah peribadi tetapi gambar diatas membawa mesej yang agak jelas. 'Orang tu' x puas hati ngan UTP.

Ini bukan kontroversi tetapi hendaklah diambil segala yang baik dari apa yang aku taip ini. Sebenarnya aku sendiri pon x puas hati ngan UTP. Hanya dari segi pengurusan di UTP. Malah aku pernah bergaduh dengan pihak management UTP. Bukan aku sorang mungkin suma budak-budak UTP x berpuas hati ngan pihak management.

Ketidakpuasan hati ini datangnya dari pengurusan UTP yang tidak efektif, mencipta undang-undang yang tidak releven, komitmen yang kurang dari staf pengurusan dan lain-lain. Walaupun pelajar-pelajar terpaksa mengharungi pengurusan yang mengecewakan tetapi pelajar-pelajar agak bebas dan mendapat lampu hijau jika nak wat event-event tanpa sebarang rungutan. Setiap semester memang banyak event-event yang dianjurkan dan semuanya para pelajar yang uruskan dengan kebenaran pengurusan. Still pengurusan UTP patut diperbaiki. Contoh pengurusan yang tidak efektif adalah dari segi penyusunan kelas dan jadual peperiksaan. Baru-baru ini secara mengejutnya UTP menarik diri dari Sukan Perak. Alasannya jika UTP masuk Sukan Perak nampak macam UTP ni bersifat pro kerajaan. Tetapi mengikut 'mangsa-mangsa' pelajar dan pelatih luar, pengurusan UTP hanya memberi alasan walhal sebab utamanya hanya tidak mahu menambah keja mereka. Tiada bukti kukuh menyokong statements ini dan ia hanya diklasifikasikan sebagai gosip saja.

Pengurusan UTP terbahagi kepada banyak bahagian seperti unit peperiksaan, jabatan hal ehwal pelajar, pihak kewangan dan banyak lagi. Berbalik kepada pengalaman aku yang pernah bergaduh dengan pengurusan UTP, ianya disebabkan sedikit kesalahan. Sudah terang lagi bersuluh yang aku betul tetapi seorang staf pompuan ni dok mengulang benda yang sama bagi mempertahan diri. Time tu aku rasa cam nak tumbuk ja muka pompuan 2. Memang tiada kesudahan hinggalah seorang staf laki ni datang dan menerangkan yang masalah aku agak payah nak settle dan melibatkan pihak atasan. Dari kata staf laki tu, terbuktila yang diorang malas membeban tanggungjawab yang sedia ada. Mujur staf laki tu pandai berkata-kata dan aku masih dalam keadaan waras. Akhirnya aku pasrah dan terpaksa menyelesaikan masalah tu sendiri yang mana beban yang aku tanggung adalah berkali ganda dibandingkan dengan beban yang mereka tanggung untuk menyelesaikan masalah aku. Tambah-tambah lagi kejadian tu time study week. Mujur masalah dapat diselesaikan sebelum exam. Walaupun aku study kat UTP yang diuruskan oleh low class tetapi aku aku tetap bersyukur kerana graduan UTP mantap-mantap. Mungkin rahsianya disebabkan pengurusan yang teruk.

Walaupun kita mempunyai tekanan yang besar x la seharusnya kita melepaskan ke medium lain seperti vandalism di atas. Jika kita betul-betul dalam keadaan marah haruslah kita mengucap. Sebagai orang Islam mengambil wuduk dapat menenangkan fikiran ditambah dengan sembahyang sunat dan membaca Al-Quran. Dengan Islam anda akan hidup dalam tenang.

Orang yang paling kuat adalah orang yang paling bersabar.

2 comments:

Ummu A'isyah said...

betol tu syafq, xeLok alirkn kemrhn ngn vandalisme..
sabar adlh sebaik2 perisai umat islam..memang sush nk sabar tp tu la ujian..fighty!:)

kay shafiQ said...

Apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan seharusnya diambil pengajaran dan peringatan dan apa yang buruk juga datangnya dari Allah S.W.T melalui diri kita sendiri sebagai dugaan semata-mata. Banyak Syaitan2 keliling kita n patut kita fight Setan2 ni.

Followers Forever