TweetThis Button

Tuesday, July 7, 2009

Ini Baru Idol : Aznil Haji Nawawi

Aznil Haji Nawawi a.k.a Pak Nil amat dikenali oleh rakyat Malaysia. Celotehnya begitu diminati kanak-kanak, sifat terbukanya pula membuat ramai orang berkongsi masalah dengannya dan peribadinya yang ceria membuat orang ramai tidak jemu menontonnya. Bagi aku pula, Pak Nil ni hanyalah sebagai penghibur dunia tetapi persepsi aku terhadap dia dah mula berubah.

Tiap2 pagi hari bekerja jika aku sempat aku akan bukak radi0 era untuk mendengar Riuh Pagi di Era. Memang gabungan yang mantap antara Pak Nil dan Din Beramboi, Din Beramboi buat lawak keja Pak Nil dok gelak ja. Memang sempoi dan terhibur tiap-tiap pagi dengar celoteh diorang. Sebelum ni aku ada respek Pak Nil kerana pandai memotivasikan orang serta tidak kurang dari segi ilmu agama. Tetapi start semalam, respeku bertambah lagi. Dalam segmen Merisik Khabar, Pak Nil dengan hebatnya telah menyelesaikan masalah seorang gadis yang sanggup keluar Islam untuk kahwin dengan lelaki bukan Islam. Cara Pak Nil menyelesaikan masalah gadis itu amat aku kagumi dimana beliau mengingatkan gadis itu bahawa cinta yang abadi hanya kepada yang Ehsa. Ini membuktikan yang Pak Nil ni mempunyai akidah yang kukuh.



Berbagai ragam Pak Nil

Sumber:
1. http://topbaru.blogspot.com/2008_08_01_archive.html
2. http://kreko.org/sil/?p=92


Bleh dikatakan yang Pak Nil adalah antara individu yang aku kagumi sebaris dengan Ustaz Haji Azizan Abdul Razak, Sultan Abdul Halim
Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, dan Syed Mokhtar Al-Bukhary. Seharusnya, para ulama yang patut kita teladani tetapi disebabkan dunia yang dibutakan dengan berbagai perkara ramai antara kita tidak begitu mengenali ulama-ulama ini termasuklah diriku yang ceroi ni ( ayat popular Matin ).

Peribadi dan hidup Pak Nil yang seperti mementingkan keduniaan memang menarik perhatian ramai orang. Harus juga kita konsider walaupun Pak Nil seperti yang dinyatakan tetapi beliau mempunyai ilmu agama dan pegangan yang kuat. Pak Nil telahpun menjadi salah seorang individu yang aku kagumi. Gaya serta caranya patut diteladani tambah-tambah masyarakat sekarang amat mementingkan hiburan. Jika mampu berdakwahlah melalui hiburan, tetapi haruslah tidak melanggar syarak. Jika korang ada individu seperti Pak Nil blehla direkomenkan untuk dikongsi bersama :)
TweetThis Button

Sunday, July 5, 2009

PETRONAS RON95

PETRONAS telah menlancarkan minyak RON95 bagi memberi pilihan kepada pengguna selain RON97 dan RON92. Setakat ini hanya 2 stesen minyak di Putrajaya yang menjual RON95. Jualan RON95 begitu menggalakan dikalangan pengguna moto lapor akhbar The Star bertarikh 2 Julai 2009. Laporan dalam akhbar NST bertarikh 1 julai 2009 plak menyatakan menjelang September, RON95 akan dijual diseluruh negara dimana pada masa yang sama harga minyak lain akan meningkat. Dan2 plak ada minyak murah time minyak akan naik, tambah2 rakyat Malaysia agak 'sensetif' dengan harga minyak naik.

RM1.75/L ja... Tetapi berbaloikah???

Strategi PETRONAS dalam memasarkan RON95 ketika minyak lain akan naik adalah amat bijak sekali memandangkan rakyat Malaysia hanya mementingkan harga sahaja. Bagi golongan expert yang yang telah menggunakan RON95, feedback mereka tidaklah begitu memberangsangkan. Didakwa bahawa RON95 melemahkan pecutan, enjin akan lagi kuat bergetar dan minyak makan lagi banyak. Ada juga feedback positif dimana RON95 melancarkan lagi pertukaran gear, enjin menghasilkan bunyi yang kurang dan pembakaran enjin yang lebih baik.

Diketahui bahawa kualiti petrol PETRONAS adalah antara yang terendah kerana PETRONAS mengeksport petrol berkualiti dan mengimport petrol low class untuk kegunaan harian kita. Walaubagaimanapun keadaannya, kita sebagai seorang manusia dan rakyat Malaysia haruslah pandai hidup dengan polisi kerajaan ini. Jika minyak mahal ada banyak produk yang dapat menjimat minyak serta meningkat kuasa kenderaan. Untuk keterangan lanjut klik sini.

Pemilihan petrol yang betul dan cara penjagaan kenderaan yang baik menunjukkan kita pandai berfikir, prihatin dan berdikari.

Sumber:
1. http://paultan.org/archives/2009/06/08/ron95-is-coming-soon-are-you-prepared/
2. http://www.motortrader.com.my/asp/forum/topic.asp?TOPIC_ID=32030
3. http://rikilee.wordpress.com/2009/05/19/petronas-primax-ron95-test-drive-review/
TweetThis Button

Friday, July 3, 2009

Politik dan Babi

Tajuk kat atas bukan menyatakan yang politik itu babi tetapi ingin membincangkan kepincangan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Negeri Kedah yang tercinta. Secara terang wakil DAP Kedah, Lee Guan Aik mengisyitiharkan yang DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Apa yang nak dinyatakan disini adalah relevenkah DAP keluar Pakatan Rakyat hanya kerana babi.

Selepas satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kedah dirobohkan pada 1 Julai jam 3.30 petang, x sampai 3 jam tersiar artikel DAP merajuk dan nak keluar parti. Relevenkah??? Dahla pusat penyembelihan babi tu x dak lesen tambah-tambah selesema babi sedang 'rakus' melanda dunia. Buat malu ja DAP ni, merajuk pasai hal x releven dan x pikiaQ panjang.
Bye-bye DAP???

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Haji Azizan Abdul Razak merupakan seorang yang tegas, berani dan amat disegani. Beliau merupakan antara pemimpin yang aku amat kagumi. Salah satu statement beliau (lebih kurang), ' biaQ kat aku la nak wat lagu mana kat Kedah ni, kat sini aku beranak aku taw la nak wat pa. Depa (PAS pusat) taw pa', langsung tidak mementingkan politik dan menunjukan beliau tidak begitu rigid dengan arahan orang atasan dan akan membuat yang terbaik demi kesejahteraan rakyat Kedah.

Sama-samalah kita terutamanya rakyat Kedah mendoakan supaya dugaan yang menimpa Kedah dapat diselesaikan, jika tidak keadaan di Perak mungkin berulang di Kedah pula.

Followers Forever