TweetThis Button

Tuesday, July 7, 2009

Ini Baru Idol : Aznil Haji Nawawi

Aznil Haji Nawawi a.k.a Pak Nil amat dikenali oleh rakyat Malaysia. Celotehnya begitu diminati kanak-kanak, sifat terbukanya pula membuat ramai orang berkongsi masalah dengannya dan peribadinya yang ceria membuat orang ramai tidak jemu menontonnya. Bagi aku pula, Pak Nil ni hanyalah sebagai penghibur dunia tetapi persepsi aku terhadap dia dah mula berubah.

Tiap2 pagi hari bekerja jika aku sempat aku akan bukak radi0 era untuk mendengar Riuh Pagi di Era. Memang gabungan yang mantap antara Pak Nil dan Din Beramboi, Din Beramboi buat lawak keja Pak Nil dok gelak ja. Memang sempoi dan terhibur tiap-tiap pagi dengar celoteh diorang. Sebelum ni aku ada respek Pak Nil kerana pandai memotivasikan orang serta tidak kurang dari segi ilmu agama. Tetapi start semalam, respeku bertambah lagi. Dalam segmen Merisik Khabar, Pak Nil dengan hebatnya telah menyelesaikan masalah seorang gadis yang sanggup keluar Islam untuk kahwin dengan lelaki bukan Islam. Cara Pak Nil menyelesaikan masalah gadis itu amat aku kagumi dimana beliau mengingatkan gadis itu bahawa cinta yang abadi hanya kepada yang Ehsa. Ini membuktikan yang Pak Nil ni mempunyai akidah yang kukuh.



Berbagai ragam Pak Nil

Sumber:
1. http://topbaru.blogspot.com/2008_08_01_archive.html
2. http://kreko.org/sil/?p=92


Bleh dikatakan yang Pak Nil adalah antara individu yang aku kagumi sebaris dengan Ustaz Haji Azizan Abdul Razak, Sultan Abdul Halim
Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, dan Syed Mokhtar Al-Bukhary. Seharusnya, para ulama yang patut kita teladani tetapi disebabkan dunia yang dibutakan dengan berbagai perkara ramai antara kita tidak begitu mengenali ulama-ulama ini termasuklah diriku yang ceroi ni ( ayat popular Matin ).

Peribadi dan hidup Pak Nil yang seperti mementingkan keduniaan memang menarik perhatian ramai orang. Harus juga kita konsider walaupun Pak Nil seperti yang dinyatakan tetapi beliau mempunyai ilmu agama dan pegangan yang kuat. Pak Nil telahpun menjadi salah seorang individu yang aku kagumi. Gaya serta caranya patut diteladani tambah-tambah masyarakat sekarang amat mementingkan hiburan. Jika mampu berdakwahlah melalui hiburan, tetapi haruslah tidak melanggar syarak. Jika korang ada individu seperti Pak Nil blehla direkomenkan untuk dikongsi bersama :)

Followers Forever