TweetThis Button

Tuesday, June 16, 2009

Keadaan Ekonomi Semasa dan Impaknya Terhadap Peluang Pekerjaan di Malaysia

Saban hari media massa sering melaporkan tentang masalah ekonomi dunia yang agak teruk. Buktinya jelas kelihatan pabila ramai pekerja terpaksa diberhentikan, banyak syarikat yang telah gulung tikar dan syarikat-syarikat besar seperti Toshiba dan Mitsubishi mengalami kerugian yang terbesar dalam sejarah mereka. Macam mana plak ngan Malaysia??? Agak diketahui yang ramai rakyat Malaysia menganggur sebelum ini walhal sekarang ni ekonomi telah tidak menentu. Macam mana nasib rakyat Malaysia???

Sebenarnya peluang pekerjaan di Malaysia adalah banyak, cuma rakyat malaysia sendiri tidak peka serta tidak mengambil peluang yang ada. Malah dilaporkan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan adalah yang terbanyak. Naib presiden Malaysian Association of Hotels(MAH) Ivo Nekvapil berkata golongan muda kini tidak berminat dalam sektor ini kerana masa bekerja yang lama dan starting gaji yang rendah. Tetapi beliau juga berkata yang sektor ini mempunyai masa depan yang cerah dan akan memberi pulangan yang lumayan dalam tempoh jangka panjang.

Dilaporkan juga bahawa syarikat-syarikat sekarang lebih berminat mengaji pekerja yang berpengalaman daripada mengambil graduates baru. Ini kerana perbezaan kualiti antara golongan dalam segi pengetahuan dan kemahiran agak ketara. Dan graduates kini agak lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Pengurus Excutive WorkPlace International(EWI) Tan Aik Seng berkata graduates baru diterima bekerja mainly kerana mempunyai rekod yang baik dan mahir dalam pengurusan serta perniagaan. Kot-kot mana pon golongan muda sekarang ni termasuk la aku agak menyedihkan. So, apa yang perlu kita wat???

Golongan muda sekarang memang amat cerewet dalam memilih pekerjaan. Kalo hidup dah x dak duit keja la pa saja walaupun menjadi cleaner. Tetapi golongan muda sekarang agak kreatif dan pandai berdikari. Jika ada sedikit kebolehan, kembangkanlah supaya dapat menolong diri sendiri dan lebih jika sesuatu yang kita lakukan dapat memberi impak yang positif terhadap masyarakat persekitaran. Jika igin mencari keja kosong di Malaysia lawatilah link-link dibawah;

- www.701panduan.com
- www.monster.com.my
- www.mudah.my
- www.jenjobs.com

Hardwork Pays

Sumber:
1. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/Frontpage/2582441/Article/index_html
2. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2582522/Article/index_html
3. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2582460/Article/index_html
4.http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2582528/Article/index_html
5. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2582524/Article/index_html
6. http://businessseveral.blogspot.com/


0 comments:

Followers Forever