TweetThis Button

Sunday, July 5, 2009

PETRONAS RON95

PETRONAS telah menlancarkan minyak RON95 bagi memberi pilihan kepada pengguna selain RON97 dan RON92. Setakat ini hanya 2 stesen minyak di Putrajaya yang menjual RON95. Jualan RON95 begitu menggalakan dikalangan pengguna moto lapor akhbar The Star bertarikh 2 Julai 2009. Laporan dalam akhbar NST bertarikh 1 julai 2009 plak menyatakan menjelang September, RON95 akan dijual diseluruh negara dimana pada masa yang sama harga minyak lain akan meningkat. Dan2 plak ada minyak murah time minyak akan naik, tambah2 rakyat Malaysia agak 'sensetif' dengan harga minyak naik.

RM1.75/L ja... Tetapi berbaloikah???

Strategi PETRONAS dalam memasarkan RON95 ketika minyak lain akan naik adalah amat bijak sekali memandangkan rakyat Malaysia hanya mementingkan harga sahaja. Bagi golongan expert yang yang telah menggunakan RON95, feedback mereka tidaklah begitu memberangsangkan. Didakwa bahawa RON95 melemahkan pecutan, enjin akan lagi kuat bergetar dan minyak makan lagi banyak. Ada juga feedback positif dimana RON95 melancarkan lagi pertukaran gear, enjin menghasilkan bunyi yang kurang dan pembakaran enjin yang lebih baik.

Diketahui bahawa kualiti petrol PETRONAS adalah antara yang terendah kerana PETRONAS mengeksport petrol berkualiti dan mengimport petrol low class untuk kegunaan harian kita. Walaubagaimanapun keadaannya, kita sebagai seorang manusia dan rakyat Malaysia haruslah pandai hidup dengan polisi kerajaan ini. Jika minyak mahal ada banyak produk yang dapat menjimat minyak serta meningkat kuasa kenderaan. Untuk keterangan lanjut klik sini.

Pemilihan petrol yang betul dan cara penjagaan kenderaan yang baik menunjukkan kita pandai berfikir, prihatin dan berdikari.

Sumber:
1. http://paultan.org/archives/2009/06/08/ron95-is-coming-soon-are-you-prepared/
2. http://www.motortrader.com.my/asp/forum/topic.asp?TOPIC_ID=32030
3. http://rikilee.wordpress.com/2009/05/19/petronas-primax-ron95-test-drive-review/

3 comments:

Hamba hina said...

BAjet rakyat x leh pkiq..
apa pnya tur la depa ni

kay shafiQ said...

Kalo pikiaQ secara releven, ni mmng satu komplot kerajaan dengan Petronas untuk cover minyak naik. Pa2 pon kita bwat la pa yg sewajarnya. Oit Matin, cam na ada gambaQ bila hg komen. Bleh ajaQ skit pa...

Hamba hina said...

gambaq aku 2 dalam profile..X tau plak cmna dia bleh kluaq..haha

Followers Forever