Keadaan motoku
Aku tengok moto aku, memang begang dan sedih, badan pon sakit-sakit. Nak ja aku 'settle' ngan moto tu. Nak jadi crita, ada trak polis kat simpang tu, polis-polis tu yang tolong bawak aku ngan satu lagi individu ni ke Klinik Desa Ulu Dedap. Baru ku tahu moto yang makan jalanku tadi dibawa sorang tua yang baru habih bersawah. Aku pon kesian dan nak tolong dia, tapi Alhamdulillah dia paham keadaan dan dia plak yang tolong. Member-member plak tolong settle pasai motoku.
Alhamdulillah kat klinik semua dah settle dimana aku dah dapat rawatan, pak cik tu dapat rawatan, kami dapat kawan baru kat Ulu Dedap dan pak cik tu dengan ikhlas bayar ganti rugi moto. Walaupun RM40 aku trima ja. Maka boleh kata x teruk sangat nasib aku ni sampai la ke klinik. Lepas tu kami ke balai polis sabab nak buat report untuk claim insuran. Motoku memang rosak truk dimana cover set nak luruh, ekzos bengkok, meter nak kena tukaQ len dam len2 tapi still bleh jalan. Walaupun aku injured, terpaksalah aku ride sendiri motoku. Sebelum aku crita perjalan ke balai polis, aku nak share sebab pa aku eksiden. Sebab utama aku lupa Allah S.W.T semasa sampai Ulu Dedap sebab rasa seronok dah nak sampai walhal ketika dalam perjalan aku memang berharap kepada-Nya untuk memudahkan kami mencari jalan sebab 1st time ikut jalan tu. Buktinya kekuasaan Allah S.W.T dikuatkan lagi apabila stiker Lailahailallah tidak rosak walau sedikit walau cover setku dah hancoQ. Ada musibah disebalik insiden ni dimana mungkin ada benda yang elok di selangor nanti. Nasib baik aku pkai baju proper, kalo x lagi truk la kecederaan ku.
Pakai la baju yang sepatutnya ketika bawak moto
Berbalik ke crita p balai polis, kami meneruskan perjalanan ke Balai Polis Sungai Agam. Malangnya insuranku x bleh nak settle kat situ dan terpaksa deal ngan polis kat Sri Iskandar. Kami pon terpaksa patah balik ke UTP. Allah S.W.T cuba menguji diriku yang lemah ni dimana aku bersembang ngan polis Sri Iskandar dengan tension melalui telefon. Sebahagian perbualan kami adalah seperti berikut:
Polis : Hang memang 'pandai', dah makan duit pak cik tu, lepas tu nak makan duit insuran plak.
Aku : Pak cik tu bagi 40 ja. Saya dah settle ngan pak cik tu baik-baik, x mau bawak dia ke balai. saya cuma nak tuntut hak saya.
Polis : Hang mai sini cari aku.
Aku: X pa.
Memang bengang sepanjang perjalanan balik Sri Iskandar balik, tapi Alhamdulillah aku dapat menenangkan diri dan ingat Alllah S.W.T dan menganggap ini hanyalah ujian semata-mata. Sampai ja kat Balai Polis Sri Iskandar, saya pon berjumpa nagan polis ni. Awalnya dia marah-marah gak sebab kata cara aku salah. Tapi semakin lama kami dok bergaduh, semakin baik kami bersembang. Akhirnya, polis tu paham gak ngan masalah aku dan sedia menolong aku 100% tuk claim insuran dan pebaik motoku. Boleh dikatan aku dah berkawan dengan polis tu. Memang sembang baik punya petang tu. Alhamdulillah, aku bersyukur ke Hadrat Ilahi.
Maka chapter kemalanganku ditutup dengan kejayaan. Walaupun aku cedera dan motoku hancoQ, tetapi kejadian ini telah mendekatkan diriku dengan Allah S.W.T. Malah aku dapat kenalan baru dan motoku akan mengalami proses revolusi untuk menjadi lebih hebat. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari aku sendiri atas kelemahanku. Sekian...
2 comments:
sabar ye... Allah nak uji tu.. :)
btw, polis tu boleh tahan jge eh, walau pd awalnya garang bukan main..
Thank u husna. Itula ler psai, mcm g2 ler citenyer
Post a Comment