Mungkin boleh dikatakan yang perebutan jawatan Menteri Besar(MB) Perak adalah yang terhangat dirantau ini atau mungkin yang paling lucu dalam sejarah seadanya. Walauapapun pendapat kita, semuanya boleh diterima jika tidak melampaui batas. Bagi saya, kes perebutan jawatan MB Perak antara IR Nizar dan Dato' Zambry tidak akan ada penhujungnya dan agak tidak masuk akal.
Sudah dua kali IR Nizar diisyitihar sebagai MB Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi Malaysia dan semalam Mahkamah Tinggi membuat keputusan menerima bantahan Dato' Zambry dan mengisyitiharkan beliau sebagai MB Perak yang sah buat masa kini. Inilah yang dikatakan tidak masuk akal dimana dalam masa yang singkat MB Perak telah bertukar orang sebanyak dua-tiga kali. Proses ini akan berulang samalah seperti sebuah Merry-Go-Round yang berputar. Malah IR Nizar telah membuat bantahan melalui Mahkamah Persekutuan.
Kes siapa MB perak dihangatkan dengan penglibatan Karpal Singh yang igin menyaman Sultan Perak kerana telah memecatkan IR Nizar tanpa mengikut undang-undang. Memang Karpal Signh begitu arif dengan perundangan Malaysia, malah untuk rekod peguam-peguam hebat di Malaysia semua datang dari golongan India. Mencabar Sultan dimahkamah merupakan kes yang pertama didunia. Perebutan jawatan yang asalnya ingin diselesaikan dimahkamah dihangatkan dengan media massa yang membuat liputan bahawa Karpal Singh telah diugut oleh pihak yang menghantar peluru hidup yang kepadanya. Seperti yang saya duga, kes ugutun Karpal Singh senyap begitu saja, adakah penyagaknya telah ditangkap ataupun ugutan cuma gimik semata-mata atau adakah salah media massa yang hanya 'hangat-hangat tahi ayam'. Saya pon tak tahu.
Laksanakan peranan kita untuk menegakan keadilan jika ada peluang. Bukan hanya dalam mengundi tapi mungkin dalam bentuk nasihat-menasihati sesama sendiri. Kuatkan berfikir secara rasioanl kerana pemikiran itu dapat membinbing kita ke arah yang benar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment