TweetThis Button

Tuesday, June 30, 2009

Yahudi, Yahudi dan suma Yahudi

Setakat ni suma isu-isu yang aku tengahkan berkenaan isu antarabangsa sumanya ada kaitan dengan Yahudi ( walaupun baru ada 2 posts berkenaan isu antarabangsa). Kali ni plak aku nak berkongsi apa yang ada di fikiranku berdasarkan pengalaman, pembacaan, kajian serta maklumat dari orang ramai mengenai betapa berpengaruhnya Yahudi di dunia ini tanpa disedari kita suma.

Hatiku membara untuk menulis post ini selepas membaca blog sahabatku. Di situ beliau menceritakan sejarah pengasas Facebook, Mark Zuckerberg seorang Yahudi dan implikasi penggunaan Facebook. Adakah salah kalo kita nak guna Facebook hanya kerana pengasasnya seorang Yahudi dan cuba menolong bangsanya sendiri!!! Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk memandang seseorang daripada asalnya tetapi jika betul keuntungan dari Facebook mendorong kepada kemusnahan Palestin, maka wajib bagi kita menentangnya.

Orang Islam mempunyai sejarah pertelingkahan tersendiri dengan Yahudi. Berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 113;


Pernah seorang rakanku ni berkata, ' tengok muka-muka orang Israel saja dah naik meluat'. Kalo diikutkan, macam releven jugak kenyataan tu. Try la usha muka Bennayoun atau Trump, memang naik meluat sebab muka diorang ni sombong dan memang x hensem. Tanpa disedari kita suma, Yahudi secara diam-diam ingin menguasai dunia serta ingin menghapuskan seluruh umat Islam di dunia ini. Yahudi memang pandai, diorang dari awal-awal lagi telah menyemai benih ideologi diorang dalam diri kita semasa kita masih kecil dengan adanya kartoon seperti Pokemon serta Popeye (Pop Eye).

Selain itu, terdapat berpuluh-puluh syarikat mega yang menyumbang ke arah kemusnahan Palestin seperti;


Aku sendiri tengah impliment boikot barang-barang ni secara terus. Kalo aku nak makan KFC atau McD aku p ja Radix Fried Chicken (RFC), kalo nak makan Maggi aku beli ja Cintan sudey, kalo nak Milo aku minum ja Horlicks. Aku x pakai hand set Nokia, aku pakai Sony ja. Kalo aku bleh melakukannya, x kan korang x bleh. Ingatlah bahawa salah satu matlamat Yahudi adalah untuk menghapuskan seluruh umat Islam dan jika kita menyokong mereka ianya seperti kita menempah kubur sendiri
TweetThis Button

Saturday, June 20, 2009

Iran, Kebanggaan Islam Atau ...

Tak sampai seminggu Mahmoud Ahmadinejad dilantik menjadi Presiden Iran buat kali kedua berturut-turut, Dunia Arab dan juga Islam dilanda satu tamparan yang agak berat. Bukan kerana Ahmadinejab menjadi Presiden Iran yang baru tetapi rusuhan rakyat Iran yang agak ramai. Rakyat-rakyat Iran ini merusuh kerana mendakwa keputusan pilihan raya dicemari penipuan sehinggakan tujuh orang terbunuh dalam kejadian baru-baru ini. Adakah Iran, satu-satunya negara Islam yang berani menghapuskan Israel hanyalah negara yang dicemari dengan penipuan yang dikepalai oleh Ahmadinejad ataupun segala tindakan yang dilakukan oleh Iran hanyalah drama semata-mata yang diarah oleh Israel.

Jika direset kembali mengenai sejarah, Iran merupakan salah satu sekutu kuat Amerika ketika zaman 70-an. Ketika itu Iran diperintah oleh Mohammad Reza Shah.

Sumber: http://www.iranchamber.com/history/photo_albums/revolution79_album1/revolution79_album1.php

Bermula 1 April 1979, Ayatollah Khomeini menubuhkan Republik Islam Iran dan beliau menjadi pemimpin spiritual bagi republik baru ini. Selepas penubuhan Republik Islam Iran dunia begitu kagum dengan pemerintahan Ayatollah Khomeini dimana Islam dipraktikan secara keseluruhan oleh seluruh rakyat Iran. Bagi rakyat beragama bukan Islam, mereka perlu menghormati Islam. Pemerintahan Ayatollah Khomeini patut diambil sebagai teladan oleh pemimpin Islam kita.


Kita juga merupakan pemimpin Islam.


















Ayatollah Khomeini
, pemimpin yang patut diteladani

Ayatollah Khomeini kembali ke rahmatullah pada Jun 3 1989. Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar bagi seluruh umat Islam. Beliau adalah pemimpin yang paling berwiba yang di kurun ini dan tidak dapat ditandingi oleh pemimpin lain.

Penipuan dalam pilihin raya yang didakwa oleh Mir-Hossein Mousavi (pencabar terdekat Ahmadinejad) amat memalukan dunia Islam. Islam telah mengajar kita supaya menyelesaikan masalah secara baik, jujur dalam melakukan sesuatu dan berani menegakkan kebenaran. Adakah Iran kini yang merupakan 'singa arab' hanyalah sekadar nama atau lebih teruk ia dikawal oleh Israel dari awal lagi??? Walaupun Iran yang majoritinya Syiah haruslah dibantu kerana kita berpegang kepada ahli Sunnah Wal-Jamaah. Walauapapun kebenarannya, seorang muslim itu mestilah berpegang teguh kepada Islam.

Sumber:
1. http://www.iranchamber.com/history/islamic_revolution/islamic_revolution.php
2. http://www.iranchamber.com/history/rkhomeini/ayatollah_khomeini.php
3. http://english.people.com.cn/90001/90777/90854/6677630.html
4. http://uskowioniran.blogspot.com/2009/06/presidential-debates-ahmadinejad-vs.html

TweetThis Button

Wednesday, June 17, 2009

Eklusif: Hanya Duka UTP


Pa ka halnya gambar kat atas tu??? Mengikut sumber yang bleh dipercayai insiden ini dilakukan antara 27-31 Mei baru ini. Mengikut teori yang agak logik perbuatan ini mungkin dilakukan oleh pelajar UTP final year final sem. Tapi pasai pa kejadian ini bleh berlaku.

Mungkin ia disebabkan tekanan perasaan yang mungkin disebabkan x dapat jawab exam atau mungkin masalah peribadi tetapi gambar diatas membawa mesej yang agak jelas. 'Orang tu' x puas hati ngan UTP.

Ini bukan kontroversi tetapi hendaklah diambil segala yang baik dari apa yang aku taip ini. Sebenarnya aku sendiri pon x puas hati ngan UTP. Hanya dari segi pengurusan di UTP. Malah aku pernah bergaduh dengan pihak management UTP. Bukan aku sorang mungkin suma budak-budak UTP x berpuas hati ngan pihak management.

Ketidakpuasan hati ini datangnya dari pengurusan UTP yang tidak efektif, mencipta undang-undang yang tidak releven, komitmen yang kurang dari staf pengurusan dan lain-lain. Walaupun pelajar-pelajar terpaksa mengharungi pengurusan yang mengecewakan tetapi pelajar-pelajar agak bebas dan mendapat lampu hijau jika nak wat event-event tanpa sebarang rungutan. Setiap semester memang banyak event-event yang dianjurkan dan semuanya para pelajar yang uruskan dengan kebenaran pengurusan. Still pengurusan UTP patut diperbaiki. Contoh pengurusan yang tidak efektif adalah dari segi penyusunan kelas dan jadual peperiksaan. Baru-baru ini secara mengejutnya UTP menarik diri dari Sukan Perak. Alasannya jika UTP masuk Sukan Perak nampak macam UTP ni bersifat pro kerajaan. Tetapi mengikut 'mangsa-mangsa' pelajar dan pelatih luar, pengurusan UTP hanya memberi alasan walhal sebab utamanya hanya tidak mahu menambah keja mereka. Tiada bukti kukuh menyokong statements ini dan ia hanya diklasifikasikan sebagai gosip saja.

Pengurusan UTP terbahagi kepada banyak bahagian seperti unit peperiksaan, jabatan hal ehwal pelajar, pihak kewangan dan banyak lagi. Berbalik kepada pengalaman aku yang pernah bergaduh dengan pengurusan UTP, ianya disebabkan sedikit kesalahan. Sudah terang lagi bersuluh yang aku betul tetapi seorang staf pompuan ni dok mengulang benda yang sama bagi mempertahan diri. Time tu aku rasa cam nak tumbuk ja muka pompuan 2. Memang tiada kesudahan hinggalah seorang staf laki ni datang dan menerangkan yang masalah aku agak payah nak settle dan melibatkan pihak atasan. Dari kata staf laki tu, terbuktila yang diorang malas membeban tanggungjawab yang sedia ada. Mujur staf laki tu pandai berkata-kata dan aku masih dalam keadaan waras. Akhirnya aku pasrah dan terpaksa menyelesaikan masalah tu sendiri yang mana beban yang aku tanggung adalah berkali ganda dibandingkan dengan beban yang mereka tanggung untuk menyelesaikan masalah aku. Tambah-tambah lagi kejadian tu time study week. Mujur masalah dapat diselesaikan sebelum exam. Walaupun aku study kat UTP yang diuruskan oleh low class tetapi aku aku tetap bersyukur kerana graduan UTP mantap-mantap. Mungkin rahsianya disebabkan pengurusan yang teruk.

Walaupun kita mempunyai tekanan yang besar x la seharusnya kita melepaskan ke medium lain seperti vandalism di atas. Jika kita betul-betul dalam keadaan marah haruslah kita mengucap. Sebagai orang Islam mengambil wuduk dapat menenangkan fikiran ditambah dengan sembahyang sunat dan membaca Al-Quran. Dengan Islam anda akan hidup dalam tenang.

Orang yang paling kuat adalah orang yang paling bersabar.
TweetThis Button

Tuesday, June 16, 2009

Keadaan Ekonomi Semasa dan Impaknya Terhadap Peluang Pekerjaan di Malaysia

Saban hari media massa sering melaporkan tentang masalah ekonomi dunia yang agak teruk. Buktinya jelas kelihatan pabila ramai pekerja terpaksa diberhentikan, banyak syarikat yang telah gulung tikar dan syarikat-syarikat besar seperti Toshiba dan Mitsubishi mengalami kerugian yang terbesar dalam sejarah mereka. Macam mana plak ngan Malaysia??? Agak diketahui yang ramai rakyat Malaysia menganggur sebelum ini walhal sekarang ni ekonomi telah tidak menentu. Macam mana nasib rakyat Malaysia???

Sebenarnya peluang pekerjaan di Malaysia adalah banyak, cuma rakyat malaysia sendiri tidak peka serta tidak mengambil peluang yang ada. Malah dilaporkan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan adalah yang terbanyak. Naib presiden Malaysian Association of Hotels(MAH) Ivo Nekvapil berkata golongan muda kini tidak berminat dalam sektor ini kerana masa bekerja yang lama dan starting gaji yang rendah. Tetapi beliau juga berkata yang sektor ini mempunyai masa depan yang cerah dan akan memberi pulangan yang lumayan dalam tempoh jangka panjang.

Dilaporkan juga bahawa syarikat-syarikat sekarang lebih berminat mengaji pekerja yang berpengalaman daripada mengambil graduates baru. Ini kerana perbezaan kualiti antara golongan dalam segi pengetahuan dan kemahiran agak ketara. Dan graduates kini agak lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Pengurus Excutive WorkPlace International(EWI) Tan Aik Seng berkata graduates baru diterima bekerja mainly kerana mempunyai rekod yang baik dan mahir dalam pengurusan serta perniagaan. Kot-kot mana pon golongan muda sekarang ni termasuk la aku agak menyedihkan. So, apa yang perlu kita wat???

Golongan muda sekarang memang amat cerewet dalam memilih pekerjaan. Kalo hidup dah x dak duit keja la pa saja walaupun menjadi cleaner. Tetapi golongan muda sekarang agak kreatif dan pandai berdikari. Jika ada sedikit kebolehan, kembangkanlah supaya dapat menolong diri sendiri dan lebih jika sesuatu yang kita lakukan dapat memberi impak yang positif terhadap masyarakat persekitaran. Jika igin mencari keja kosong di Malaysia lawatilah link-link dibawah;

- www.701panduan.com
- www.monster.com.my
- www.mudah.my
- www.jenjobs.com

Hardwork Pays

Sumber:
1. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/Frontpage/2582441/Article/index_html
2. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2582522/Article/index_html
3. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2582460/Article/index_html
4.http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2582528/Article/index_html
5. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2582524/Article/index_html
6. http://businessseveral.blogspot.com/


TweetThis Button

Kisah Handphone

Kat sini aku nak bagitaw skit pasai handphone, tapi untuk nak memanjangkan post ni biaQ aku cita skit psai baik @ buruknya handphone. Handphone lagi bawak kebaikan ka atau lebih ke arah keburukan?

Kalo kita pikir-pikirkan, pasai handphone la bajet untuk kredit banyak dan pasai handphone la kehidupan sosial masyarakat sekarang makin x terkawal. Dah la handphone ni mahai dan ada jugak golongan yang menyuludup handphone secara haram dan haram la barang itu digunakan jika kita membeli sambil mengetahui ia haram. Kalo camtu x yah la nak pakai handphone la...

Keburukan yang aku uraikan tidak la bermakna yang handphone ni memberikan kesan yang sangat negetif kat dunia walhal aku rasa kebaikan yang dibawa oleh handphone berganda dari keburukannya. Ianya depend cara kita menggunakannya samada betul atau salah. Oleh itu, gunalah handphone sebaiknya :)

Berbalik ke cita asal, ada satu lagi keburukan yang agak serious yang diemit oleh handphone. Dahulu kala aku terbaca artikel-artikel, tengok video yang handphone ni men emit gelombang yang yang agak banyak. Gelombang yang dikeluarkan ketika sedang membuat panggilan adalah paling banyak. Selalunya kalo nak call orang mesti kita letak handphone kat telinga. Bila kita letak kat telinga sumber gelombang adalah sangat dekat dengan otak dan dapat merosakannya. So kalo time nak wat call tu letak handphone jauh sikit dari kepala. Bleh bukak speaker kalo x dengar bunyi beep beep. Satu lagi, kalo kita cakap lama-lama guna handphone pon membawa kesan yang agak teruk. Ini dibuktikan apabila handphone yang sedang digunakan diletakan disebelah sebiji telur dapat merebuskan telur itu jika dibiarkan lama. Oleh itu, kepada kaki-kaki gayut gunalah handfree kalo nak gayut. Moralnya, setiap masalah pasti ada penyelesaian...

Followers Forever